Ramadhan & Raya
Thursday, August 16, 2012, ϟ 2 shout(s)
# versi sasterawanita negara
Berlarilah, dan teruskan berlari dan berlari; kerana garisan penamat sudah tidak jauh lagi!
Berlarilah, dan teruskan berlari dan berlari; kerana garisan penamat sudah tidak jauh lagi!
Segala puji bagi Allah, Alhamdulillah.
Kiranya sudah hampir selesai-lah tanggungjawab sekalian umat Islam di seantero dunia dalam mengerjakan rukun Islam yang ketiga, yakni berpuasa sebulan di bulan Ramadhan.
Tahniah, tahniah dan tahniah kepada anda-anda sekalian yang sangat jujur dan tulus dalam menunaikan ibadah puasa ini. Moga anda diberkati dan berada dalam redha Ilahi.
Di kesempatan ini, inginlah kiranya saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin sekiranya ada salah dan silap. Saya sedar saya hanya manusia biasa yang tidak lari dari berbuat salah. Ampunkanlah. Kepada yang mengenali diri, sudi-sudilah kiranya bertandang ke teratak saya yang tidak seberapa. Semoga Ramadhan dan Syawal tahun ini lebih bererti dan dapat kita hayati dengan sebaiknya. Sekian.
# Ikhlas : Dato' ShinSung Said
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
# versi salam perantauan
Kami warga DH1 P3, Penang Matriculation College, Penang Island ( perlukah? muehehe ) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan kekasih-kekasih hati yang berada di Malaysia . Maaf Zahir dan Batin.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
# versi suka hati
( gambar ini tidak diperlukan disini ! )
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Kepada mak abah di taman, anakanda sudah pulang, ayuhlah pulang ke kampung. Kepada kekanda-kekanda dan adinda-adinda, ayuhlah bersama pulang menjenguk kampung halaman. Kepada nenda berdua nantikan cucunda-cucunda sekalian. Kepada rakan taulan, rileks sudah, raya sebulan, boleh bertandang ke rumah pada bila-bila waktu siang sepanjang Syawal ini. Sekian, adios amigos :)
new past