Sophy Jane & bas Rapid
Sunday, January 29, 2012, ϟ 0 shout(s)
Suatu hujung minggu pada pertengahan semester satu, Sophy Jane buat julung-julung kalinya membuat keputusan untuk keluar ber-outing. Al-maklum lah, Sophy Jane ni memang liat bab outing-outing ni. Tapi untuk julung-julung kali, keputusannya itu telah berjaya mengembirakan hati rakan-rakan seperjuangan.
Setelah seharian penat ber-outing, Sophy Jane dan rakan-rakannya bersiap sedia untuk pulang ke kampus. Macam biasalah, menaiki kenderaan awam yang banyak terdapat kat Malaysia ni. Dan dalam banyak-banyak public transport tu, Sophy Jane memilih untuk menaiki bas. Baru adventure agaknya. Heheh.
Dengan terujanya Sophy Jane menaiki bas Rapid yang sedia menunngu di perhentian bas. Tetapi nasib tidak menyebelahi Sophy Jane kerana dia terlewat beberapa saat sahaja dari rakan-rakan yang lain, hingga mengakibatkan dia tidak mendapat tempat duduk. Jadik, terpaksalah Sophy Jane berdiri sambil memegang handle yang tersedia dekat atas kepala.
Perjalanan bas dimulakan. Sophy Jane berdiri dengan lagak seorang model. Dengan tak semena-mena bas Rapid yang tadinya laju tetiba mem-brek. Hallamak~ Kaki Sophy Jane dengan pantasnya bergerak seolah-olah seorang penari yang sedang menari tap dance. Laju dan mara ke depan. Dan dengan lancarnya juga Sophy Jane ter-slide ke hadapan, sampailah ke tempat driver bas. Pak cik yang tengah mendrive tu pun toleh memandang Sophy Jane. ' Err.. pacik, kita dah sampai kat mana? '. Pak cik driver tersengih je kat Sophy Jane.
' Pengsan arr? Pengsan arr? ' terdengar suara seorang nenek tua berbangsa cina bersuara lantang. Sophy Jane menoleh mencari suara itu. ' Eheh, tak. tak. ' jawab si Sophy Jane sambil tersengih-sengih. Bas tersebut dah gamat dengan gelak tawa sekalian penumpang bas. Badan Sophy Jane yang tadinya sedikit bongkok, ditegakkan. Kontrol macho macam nothing had happened tadinya. Dengan muka yang ala-ala blushing, Sophy Jane dah tak menoleh ke belakang lagi dah, sampailah dia turun di depan kampusnya.
Seturunya di depan kampus, Sophy Jane berjalan laju menuju ke bilik. Malu agaknya?
new past