superhero ikan :)
Friday, May 13, 2011, ϟ 0 shout(s)

Dek kerana kekaguman yang terlampau, telah menimbulkan idea-idea bernas dalam otak beliau untuk menolong mak dan ayah yang pada ketika itu sibuk bekerja. Dengan keazaman yang tinggi lagi niat yang dianggap murni itu, dengan bangganya dia merencana misi menyiang ikan.
Dan tersangatlah beruntung nasibnya apabila diluar rumah terdapat sebuah aquarium yang sederhana besar. Di mana dalam aquarium tersebut tinggallah beberapa ekor ikan emas yang buncit perutnya.
Dengan senang hati, berbekalkan niat murni seorang anak, dengan bersusah payah beliau menangkap ikan emas di dalam aquarium itu. Selepas ditangkap, ikan-ikan emas itu dibawa ke dapur. Pisau - papan pemotong - besen, juga disediakan.
Operasi bermula dengan menyiang setiap ekor ikan-ikan comel tersebut. Ada bunga-bunga riang ria dalam hati beliau kerana berjaya menyiang ikan dalam usia muda sedemikian rupa.
.
.
.
.
.
Dan reaksi mak ayah yang beristighfar panjang melihatkan kerja si anak dianggap sebagai pujian yang tak terhingga baginya. :)
Pssst : Ini cerita abang aku masa dia kecik-kecik. Sampai sekarang, aku kagum gila dengan kerja gila dia yang satu ni :D
new past