orientation week
Friday, May 20, 2011, ϟ 0 shout(s)


Sesi pembelajaran baru bagi student lepasan SPM & STPM 2010 dah nak bermula. Ada yang dah mula, ada yang around the corner untuk mula, ada yang coming soon akan mula. Macam biasa, dalam minggu pendaftaran & orientasi ni keadaan akan jadik ala-ala tak cukup tanah. Kelang kabut. Terkejar ke sana - terkejar ke sini. aku just nak mengingatkan. Part-part yang korang rasa macam tak perlu tu, tak payah la buat. Okay?


# First
Masa pendaftaran, confirm kena beratur panjang. Bukan setakat 100 - 200 orang, mau 1000+ jugak akan mendaftar pada hari yang sama. So, do be patient! Bawak la apa yang patut dalam beg korang. Selain daripada borang-borang tu, bawak la sekali air, tisu, payung or apa-apa yang dirasakan membantu :)

# Second
Lepas selesai mendaftar, deorang akan bagi bilik. So, siapa cepat dia dapat. Kalau korang dapat bilik yang tak ditentukan katil yang mana satu, pilih la port yang korang rasa selesa untuk korang bermastautin kat situ. Tapi ingat, jangan la sampai aniaya roommate-to-be korang ye?

# Third
Sepanjang minggu orientasi, tracksuit, t-shirt dan sport shoes amatlah diperlukan. So, prepare barang-barang ni semua elok-elok. Letak dalam satu beg yang korang rasa senang nak dicapai dalam masa-masa kritikal. Bagi yang perempuan, korang masukkan telekung korang dalam beg kecik yang senang nak dijinjing ke hulu - ke hilir. Ye la, dalam minggu orientasi ni kekadang kena solat berjemaah. So, be prepare.

# Fourth
Alert! Minggu orientasi memang macam ni. Kena alert sentiasa. Okay, aku paham kalau ada yang terlewat bila kena bangun awal pagi, berkumpul kat padang and bla-bla. Sebab sepanjang cuti berbulan ni korang bangun lambat ye dak? Ala~ aku pun sama je, so no secret la. Tapi agak-agak la, jangan sampai muka korang famous sebab selalu lambat. And, baju yang dibagi masa orientasi, so tak payah basuh pun tak apa, kalau dah rasa geli sangat tu, pergi la buat instant washing. Lepas tu pakai balik baju tu. Sebab senior-senior korang memang suka mem-famous-kan student baru yang tak ikut arahan :)

# Fifth
Sediakan jajan & air mineral. Nak senang cerita, korang beli aje air mineral sekotak & snek kat hypermarket :) Boleh buat lapik perut korang masa terdesak. Biasa la bila dah rushing, guna banyak tenaga. So, you need instant energy. Dengan cara ni korang tak payah sesusah pergi beli dekat cafe kalau keadaan tengah darurat.


Pesanan yang di-khidmat masyarakat-kan ini, is brought to you by Shin Sung & Syema Clarisse :D


new past