way of expressing yourself
Saturday, April 2, 2011, ϟ 0 shout(s)

gambar tak ada kena mengena C:

Kecanggihan teknologi hari ni, membolehkan manusia untuk mengekspresikan perasaan mereka dalam pelbagai cara. Dan disebabkan itu jugaklah, ada saja kisah orang yang mengekspresikan perasaan dengan membuka baju di depan kamera mahupun merakam video ‘satu colour’. Itu way of expression yang negatif. Hal ni, aku tersangatlah malas nak ulas, sebab tak ada kaitannya dengan aku.

Yang aku nak bercakap hari ni ialah way of expressing yourself in a good way. Use a proper way, so everybody can share your thought. Okay, dalam dunia demokrasi, setiap orang diberi hak yang sama untuk bersuara. Kau ada hak, aku ada hak, semua orang ada hak. Tapi mesti diingat kebebasan bersuara pun ada batasnya. Dalam Islam sendiri pun, setiap umat diajar untuk beradab. Jadi mesti jaga adab okay?

Tak mau cakap banyak, jom tengok cara yang macam mana yang boleh diguna untuk mengekspresikan pendapat atau rasa terhadap sesuatu perkara:

- Blog

Kalau dah namanya blogger, of cause golongan-golongan ni menggunakan penulisan dalam blog deorang sebagai medium untuk mengekspresikan apa yang deorang fikir. Setiap orang mempunyai jalan fikir yang tersendiri, so kita akan jumpa bermacam-macam versi untuk satu-satu topik. Ada yang menulis berkaitan politik, agama, kehidupan, tips dan sebagainya.

- Vlog

Lately, vlog makin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Banyak je anak-anak muda yang membuat video di bawah label mereka sendiri. Macam blogger jugak, vlogger pun menyampaikan buah fikiran mereka tentang bermacam-macam perkara, cuma caranya melalui video.

- Foto

Bukan bahasa saja mampu bercerita, gambar juga boleh bercerita. Tak salah kalau aku cakap, golongan photographer ni, lebih straight forward dalam menyampaikan sesuatu perkara. Hanya dengan mengambil gambar dari bermacam-macam sudut, sudah cukup untuk menerangkan apa yang mereka nampak dan realiti kehidupan itu sendiri.

- Puisi , lagu & lukisan

Puisi, lagu dan lukisan adalah cara yang lebih abstrak untuk mengekspresi kan perasaan seseorang. Yang pastinya, tak semua orang boleh untuk berpuisi, menulis lagu dan melukis dengan hati. Jadi bagi yang pandai menghargai karya-karya abstrak ni, sudah tentunya faham macam mana bernilainya karya-karya demikian.





new past