7 wasiat raja-raja Melayu
Wednesday, April 6, 2011, ϟ 0 shout(s)
Tajuk macam klasik :)
Tadi masa tengah kemas kereta along, rasa sangat teruja nak buang semua khazanah dan makhluk-makhluk yang menyemak kat dalam tu. Tetiba terjumpa flyer '7 wasiat raja-raja melayu'. Lepas di belek, di pusing kiri-kanan, rasanya benda ni macam penting untuk di-share dengan orang lain.
Memang kita ada belajar dalam sejarah tentang ketuanan Melayu dekat bumi Malaysia ni, tapi ada beberapa perkara yang mungkin ada yang tau, mungkin ada yang tak. Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin di dibuat pada 31 Ogos 1957. Ini adalah hak orang-orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Antara ayat yang digunakan oleh raja-raja Melayu masa deorang isytiharkan wasiat ini ialah :
"Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera".

Kami namakan dan panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA) ;

Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytiharkan dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama kaum-kaum lain ;

Bagi menjaga kamu dan bagi bagi melindungi anak cucu kamu serta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar ;

Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini ;

Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan ;

Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU ; dan

Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)
p/s : Sekadar perkongsian. Tak ada agenda lain. Aku bukan orang politik. :)
new past