Isu semasa yang melibatkan :
5 Mac 2011
Ketua guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah, Ampang, dihadapkan ke mahkamah atas 11 pertuduhan mencabul 11 pelajar perempuan berusia 15 dan 16 tahun, 25 Februari lalu.
3 April 2011
Seorang warden sekolah agama di Perlis didakwa kerana membelasah seorang pelajar Darjah Satu hingga koma dan meninggal dunia. Pelajar tersebut, Saiful Syazani dibelasah kerana tidak mengaku mencuri barang milik rakannya.
18 April 2011
Seorang guru bahasa Inggeris sekolah agama di Terengganu, didakwa di Mahkamah Majistret, kerana mengedar dadah seberat 371 gram.
- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi memberi jaminan, Malaysia selamat dari kesan radioaktif kesan letupan Stesen Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi, Jepun yang kini berada pada tahap serius. Pemantauan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Agensi Nuklear Kebangsaan , serta beberapa lagi agensi berkaitan, tidak mengesan sebarang pencemaran pada sampel air hujan, air laut, air paip dan tanah di Malaysia.
Obesiti
- Bagi menangani masalah obesiti, Menteri Kesihatan, mengarahkan supaya indeks jisim badan (BMI) pelajar direkodkan ke dalam kad laporan prestasi untuk perhatian ibu bapa. Selain itu, pendidikan Jasmani selama 40 minit akan dilaksanakan secara aktif sebanyak 2 - 3 kali seminggu. Menu berkhasiat juga akan diperkenalkan.
MyKad
- Gantian MyKad kini boleh dilakukannya secara online melalui portal rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ia sebagai alternatif kepada orang ramai agar tidak perlu lagi ke kaunter sekali gus mengurangkan kesesakan di ibu pejabat JPN atau cawangannya. Tiga jenis permohonan gantian MyKad yang boleh dilakukan ialah gantian MyKad disebabkan cip dan kad rosak, gantian MyKad biasa dan gantian MyKad hilang yang tidak melebihi lima kali.
- Perdana Menteri melancarkan 7 projek baharu dalam ETP sebagai usaha untuk memperkukuhkan lagi aliran kemasukan pelaburan ke negara ini. 7 projek itu melibatkan penubuhan hab pembuatan perkakasan rumah elektrik dan rangkaian pengedaran antarabangsa, membina infrastruktur Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) bagi meningkatkan kecekapan pelepasan kontena, siaran digital multimedia bumi dan kajian asas perkhidmatan e-Kaunter.
Skim Rumah Pertamaku
- Skim ”Rumah Pertamaku” dilancarkan pada 8 Mac, bertujuan membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan, untuk memiliki rumah pertama mereka.
Jepun (11 Mac 2011)
Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 skala richter, yang membawa kepada tsunami. Loji nuklear di Stesen Nuclear Fukushima Daiichi meletup kesan tsunami yang melanda. Hingga hari ini masih terdapat gempa susulan berukuran 6 skala richter di sekitar negara Jepun. Kerajaan Jepun yakin dapat mengatasi kesan radioaktif dalam masa 3 bulan akan datang.
Mesir (26 Jan 2011)
Rakyat Mesir mengadakan tunjuk perasaan di Kaherah untuk mendesak presiden Hosni Mubarak meletak jawatan. Rakyat Mesir tidak berpuas hati dengan pemerintahan Hosni Mubarak yang membawa kepada masalah-masalah seperti korupsi, kemiskinan dan pengangguran selama tempoh 30 tahun pemerintahannya. Dalam masa 10 hari pemberontakan, Hosni Mubarrak berjaya dijatuhkan.
Libya (21 Feb 2011)
Pemberontakan di Benghazi adalah untuk menuntut Muammar Gaddafi supaya berundur. Pemberontakan di Libya dikatakan akibat perasaan marah terhadap rasuah dan bosan dengan penyelewengan dalam pengurusan hasil wang minyak. Pemberontakan tersebut berjaya mendapat perhatian dan bantuan daripada presiden Barack Obama dan David Cameron.
United States ( 18 Apr 2011)
Taufan dan puting beliung melanda kawasan Oklahoma dan North Carolina. Siri taufan itu dikatakan bermula sejak lewat minggu lepas. Hingga 18 April lalu, dikatakan sekurang-kurangnya 45 mangsa meninggal dunia. Tauan itu juga menyebabkan Surry nuclear power plant di Virginia tepaksa ditutup dan dipantau sepanjang masa.
p/s : Ini adalah entry bantuan untuk Aina Nabilah Mansor. Semua ni ulasan ringkasan isu-isu penting sekitar tahun ni. Mungkin ada yang terkurang, harap maaf.
new past