Hari pertama (11/03/2011)
Gempa bumi berukuran 8.9 skala richter melanda Jepun dan mengakibatkan berlakunya tsunami. Gegaran yang kuat menyebabkan ombak naik setinggi 6 meter. Berdasarkan maklumat, tsunami kali ini adalah yang paling dahsyat terjadi di Jepun dalam tempoh 140 tahun.
Gegaran ini adalah 8000 kali ganda lebih hebat berbanding gempa bumi yang melanda Christchurch, New Zealand bulan lepas. Kawasan yang terjejas teruk ialah Sendai, yang terletak di utara Jepun. Gempa bumi tersebut telah melumpuhkan banyak sistem di seluruh negara itu.
Penumpang kereta api bawah tanah turut terkandas, dan ini menyebabkan mereka terpaksa keluar sendiri dari kereta api untuk menyelamatkan diri. Lapangan terbang Sendai turut musnah dalam kejadian tersebut.
Pada hari pertama bencana tersebut, sekitar 300 mayat telah dijumpai, manakala lebih kurang 500 orang lagi dilaporkan hilang. Feri yang membawa penumpang yang berada di sekitar perairan Jepun juga dilaporkan hilang.
Amaran tsunami telah dikeluarkan kepada negara Jepun, Taiwan, Rusia, Filipina, Indonesia, Fiji, Mexico dan negara-negara sekitar Asia.
new past