5 perkara yang perlu dilakukan oleh lepasan SPM.
Tuesday, March 8, 2011, ϟ 0 shout(s)

Oke, kalau nak diikutkan benda ni agak basi la. Sebabnya dah berbulan jugak lepas habis SPM, baru aku nak buat entry ni. Tapi tak pe, entry ni sekadar peringatan. Masih ada masa untuk buat semua benda ni sebelum result keluar.

first :
Isi borang UPU. this one, fasa kedua dia start dari 10 Januari 2011 sampai 4 April 2011. So, bagi korang yang tak isi lagi tu, silalah isi cepat sebab sekarang pun dah 8 Mac. Tarikh tutupnya kurang sebulan dari sekarang. Perlu diingatkan, bila korang nak pilih IPTA, mestilah ikut course yang ditawarkan. Ikut kebolehan dan minat korang. Jangan main bedal aje sebab nanti bila korang ditawarkan untuk course tu tak pepasal merana pulak sebab tak boleh nak get along dengan study korang.
Laman web-nya : https://online.mohe.gov.my/upu/online1112/spm/index.html

second :
Isi borang Matrikulasi. Yang ini untuk pelajar-pelajar tertentu sahaja. Kenapa aku cakap tertentu? Sebabnya, student yang tak ambik subjek Add Math, tak ditawarkan untuk memohon program Matrikulasi. Yang ni, fasa keduanya dah pun tamat. Bagi yang tak pernah duduk asrama, jangan lupa mintak kolej yang tak terlalu jauh dari rumah korang. Nanti ada pulak yang nangis tak jumpa mak ayah dalam tempoh yang lama. Haha~

third :
Isi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Apa itu SPA? SPA sebenarnya ialah portal kerajaan untuk memohon pekerjaan di Sektor Awam. Untuk lepasan PMR & SPM pun dah boleh mintak kerja dengan kerajaan. Macam-macam jenis kerja boleh korang mintak kat sini. Description tugas dengan gaji pun korang boleh tengok kat laman web dia. Untuk isi borang korang boleh klik kat Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i). Korang study dapat elaun, kerja pun tetap memang confirm dengan kerajaan.
Laman web-nya : http://www.spa.gov.my/

fourth :
Isi borang maktab. Well~ ini untuk yang berminat nak jadik cikgu. Untuk yang resultnya elok, means 7 A's ke atas, korang boleh mintak untuk belajar kat overseas. Yang resultnya bawah 7A, korang boleh study kat memana Institut Perguruan kat Malaysia ni. Belajar kat Malaysia pun oke apa? Korang study pun dapat elaun. Tapi ingat, pergi beli Pin No. kat BSN dulu oke? RM6.00 je.
Laman web-nya : http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspm2011/mohon/kplspm_2011/login.cfm

fifth :
Isi borang scholarship. Sekarang ni macam-macam jenis scholarship ada. Search aje kat Google or Yahoo, beratus-ratus Scholarship yang ada. Untuk yang resultnya excellent sampailah yang resultnya 4A & 5A pun boleh dapat tajaan. Tapi kena la pepandai cari.


Aku harap, apa yang aku share dengan korang ni, boleh la membantu sedikit sebanyak. Senyum :)

new past