pengalaman itu mahal..
Thursday, March 10, 2011, ϟ 0 shout(s)

Aku bersembang dengan sorang kawan lama, yang ke Mekah dengan keluarganya dua tahun lepas. Dalam usia masih muda, 16 tahun. Tunaikan umrah. Macam biasa, banyak kisahnya. Tentang transit di mana, harga makanan berapa, keadaan di sana, keseronokan berada di rumah Allah itu, dan macam-macam jenis cerita.
Katanya dia transit di lapangan terbang Abu Dhabi. Masih ingat masa aku goggle pasal Abu Dhabi tahun lepas, cantik tempatnya. Gara-gara projek pembangunan taman tema terbesar, Abu Dhabi terus membangun. Kata kawan aku lagi, tempat tu memang cantik, besar. Harga makanan dan minuman pun mahal. Maunya tak, secawan kecil teh harganya RM13.00, sebiji kebab RM 21.00. Dahsyat! Mau koyak poket nak bayar semua tu.
Ceritanya lagi, di Mekah, peniaga barang-barang seperti baju, sekadar jual di tepi jalan. Kiranya berniaga secara haram. Bila polis lalu, lintang-pukang larinya. Mereka disana berniaga dengan hanya membentangkan kain di atas tanah sebagai alas barangan yang dijual. Harga di Mekah katanya tak lah semahal harga di Abu Dhabi, masih mampu kalau nak berbelanja.
Kata orang, bila berada di Mekah perlu jaga adab dan batas. Jadi harus beringat. Kata kawan aku, ada beberapa insiden di mana golongan makcik-makcik tak tahu menjaga mulut. Padahnya terkena pada diri sendiri. Macam kata pepatah ' kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'.
new past