human-breast-milk icecream
Tuesday, March 1, 2011, ϟ 0 shout(s)


Apa tu? Sedap ke? Ada jual ke? Dekat mana?

Ini kes dekat London. Recently, sebuah kedai dekat Covent Garden telah dibuka dan menjual icecream berasaskan susu cap gantung. Well, 'totally natural' katanya. Dan untuk dapatkan bekalan susu cap gantung daripada para ibu dekat sana, kedai tu telah mengiklankan perkara tersebut di laman web Mumsnet.

Pada awalnya, dah ada seorang ibu yang menderma 1 liter susunya untuk hidangan icecream yang diberi nama "Baby Gaga". Dan setakat ini, dah ada seramai 15 orang ibu yang menderma susu mereka untuk dibuat icecream. Setiap 10 ounces susu yang diderma, akan dibayar sebanyak 24 dolar. Sebelum pendermaan dibuat, ibu-ibu tersebut terlebih dahulu akan menjalani pemeriksaan kesihatan.

Kata pemilik kedai terbabit, Matt O'Connor, untuk membuat icecream tersebut dia akan mencampurkan susu dengan Madagascan vanilla dan perahan lemon. Katanya 'sejak seratus tahun kebelakangan ini, tiada sesiapa melakukan pembaharuan terhadap rasa icecream'.
Tambahnya lagi 'sesetengah orang akan berkata "yucks", tetapi ia sebenarnya asli, organik dan natural.

Memang banyak respond yang orang bagi bila berita ni keluar kat internet. Bagi yang Islam, pendapatnya, kita tak boleh makan, sebab icecream tu ada susu ibu yang kita tak kenal. Tak pasal-pasal disebabkan icecream tu kau jadik anak susuan orang yang derma susu kat kedai tu.

source : http://beta.my.news.yahoo.com/totally-natural-human-breast-milk-ice-cream-sale-20110224-211721-980.html

new past