Health facts!
Thursday, March 10, 2011, ϟ 0 shout(s)








1. Kacang hijau sembuhkan demam.

Tidak seperti sayur lain yang makin lama direbus khasiatnya akan berkurang, kacang hijau tidak dipengaruhi oleh panas. Kacang hijau berupaya mencegah beri-beri, radang ginjal, melancarkan pencernaan, tekanan darah tinggi, keracunan alkohol,pestisid, menguatkan fungsi limpa dan paru-paru, impotensi, jerawat dan mengatasi noda hitam pada wajah. Namun yang paling penting, berdasarkan kajian, kacang hijau adalah penurun demam terbaik berbanding dengan ramuan tradisional lain. Caranya, berikan saja air rebusan kacang hijau yang dicampur dengan sesudu madu kepada bayi anda.


2. Cili padi Anti serangan jantung

Cili padi boleh digunakan untuk mengubati sakit gigi, melancarkan pencernaan dan urin serta mengeluarkan batu ginjal. Terbaru, cili padi dipercayai berupaya melancarkan pengaliran darah dan meredakan pembengkakan yang terjadi pada salur darah vena (berbeza dengan salur darah arteri yang lebih lebar) Bukan itu saja, cili padi mampu mencegah pembekuan darah kerana bersifat antikoagulan. Atas alasan itu, cili padi mampu mencegah serangan jantung.


3. Kuning telur lebih bahaya dari makan segera!

Mengambil sebiji kuning telur boleh meninggikan risiko penyakit vaskular berbanding anda menikmati makanan segera. Kuning telur mengandungi 215 – 275 mg kolestrol berbanding makanan segera yang cuma mengandungi 150 mg kolestrol. Bagi pesakit yang berisiko menghidapi penyakit vaskular, anda dinasihatkan agar mengurangkan pengambilan kolestrol kepada kurang dari 200 mg sehari.


4. Kasut tumit tinggi

Kasut tumit tinggi berupaya ‘menipu’ pandangan dengan mengubah kaki anda agar kelihatan panjang walaupun kesan sebenarnya adalah berbeza. Menurut kajian dalam Journal o Experimental Biology, wanita yang memakai kasut tumit tinggi memiliki otot betis yang lebih pendek dan tendok yanglebih tebal berbanding mereka yang memakai kasut yang bertapak rata. “Keadaan tumit yang sentiasa dalam posisi menecut menyebabkan serat otot memendek dan kaku. Ia secara tak langsung meninggikan risiko kecederaan,” kata Dr. Laskowski, Pengarah Pusat Perubtan Sukan, Mayo Clinic.

5. Nasi tambah, risiko sakit jantung meningkat.

Menurut kajian terbaru dalam Journal of The American College of Cardiology, menambah nasi di pinggan buat kali kedua boleh pencetus serangan penyakit jantung. Hal ini kerana, fungsi salur darah menurun akibat pertambahan berat badan.


sumber : iSIHAT magazine :)


new past