budak baik,
Thursday, March 31, 2011, ϟ 0 shout(s)

Teringat zaman sekolah dedulu. Zaman baru nak remaja. Masa perangai serba tak mature. Masa Form 1 sampai Form 3.
Dulu kalau ada aktiviti kokurikulum, muka ni la yang selalu ke hulu ke hilir. Macam rajin sangat. Padahal, aku ke hulu ke hilir tu sebab aku nak lari dari perjumpaan. Cikgu disiplin sibuk kejar bebudak lain, aku jalan terkedek-kedek, buat muka toya. Cikgu kejar, aku lari. Setakat sekolah yang boleh cakap tetiap petang aku round tu, memang tak jadik hal la. Segala selok belok aku hafal.
Kalau agak-agak boring ke hulu ke hilir, aku pergi join kelab lain. Bukan orang perasan pun. Setiap kelab ahlinya mau 50 - 60 orang. So, menyelit sesikit tu memang tak jadik hal. Minggu ni ikut kawan ni, minggu depan ikut kawan lain pulak. Tukar angin. Biasanya kalau buat kerja ni mesti berdua or bertiga. Tapi jalan tak boleh sekali, kena jejauh, baru orang tak perasan. Ye dak?
Kalau hari latihan sukan, confirm tak pernah pergi. Apahal? Banyak hal aku, balik rumah baca buku lagi bagus. Aiseh~ Alang-alang dah balik rumah, stay aje lah kat rumah, buat apa nak susah-susah pergi sukan. Aku tak minat la nak bersukan-sukan bagai. That's why sukan aku tak pernah maju. Walaupun waktu tu aku kuat minum susu, tulang aku tetap tak kuat. Aku minum dalam cawan la, mak buat tetiap pagi.
Well, sampai sekarang aku sangat kagum sebab aku pernah jadik 'budak baik' dekat sekolah dulu. :)
new past