
Seminggu aku tinggalkan dunia kebiasaan aku. Balik dengan rasa yang sangat segar. Balik kampung memang sangat menyenangkan. Mana nak dapat tempat yang bila kita bangun setiap pagi, akan terdengar burung berkicau? Suasana yang sentiasa tenang. Waktu petang redup sentiasa. Bila malam bunyi cengkerik kuat menjerit. Tandas dan bilik air ada dekat luar rumah. Macam zaman dulu-dulu tu.
Balik kampung jumpa nenek dan atuk. Dapat la mengurut kaki tua nenek 3-4 kali. Senang bila tengok nenek gembira kakinya diurut. Makan apa yang ada saja. Nak ke kedai, pekan yang paling dekat pun sekitar 10 – 15 minit. Orang di rumah tu pun, ke kedai sekali sekala saja. Bila ada yang balik, orang tu lah yang pergi membeli barang keperluan rumah.
Bangun pagi, mandi air telaga. Sejuknya tak terkata. Mau menggigil. Tapi, sekali sekala seronok pulak bila macam tu. Ada satu petang aku pergi mandi jeram dekat hujung kampung. Umang aii~ sejuk tahap tak ingat. Niatnya nak mandi, bila dah sejuk sampai macam tu setakat rendam 10 minit pun dah cukup.
Untungnya mak lang ada untuk masak makanan setiap hari. Masakan kampung. Sedap. Yang paling best, gulai pucuk ubi. Santannya pekat, kaw-kaw gitu. Pergh~ meleleh. Confirm along, angah, acik jelous dengan aku. Haha~ Wan pulak masakkan cucur jawa dengan buat kuih pau. Air tangan orang lama. Memang secukup rasa. Sempurna.
Aku dapat jumpa dengan sepupu-sepapat, dapat bercerita serba sikit. Ada masa untuk menenangkan rasa yang serba tak menentu mengenangkan result yang bakal keluar nanti. Dapatlah beribadah lebih sikit dari biasa.
new past