kahwin muda
Monday, February 7, 2011, ϟ 0 shout(s)

Kalau diikutkan, zaman kahwin muda ni, zaman atuk-nenek kita dulu. 17 tahun dah kahwin. Apa susah? Kalau si suami kerja sebagai penoreh getah sekalipun, masih mampu bagi anak isteri makan. Si isteri tak payah belajar tinggi-tinggi, nanti bila dah kahwin, masuk dapur jugak. Itu persepsi orang dulu-dulu. Masa semua benda murah, ekonomi stabil, kos sara diri masih rendah.
Cerita hari ni, ramai je kakak-kakak, abang-abang yang umurnya sekitar 19 - 23 tahun, dah nak berkahwin. Bukan aku nak bercerita perihal layak-tak layak diaorang berkahwin, sekadar nak bagi pendapat tentang situasi yang ada hari ni. Biasanya yang berumur 19 - 23 tahun ni, masih digelar seorang pelajar. Tak kisahlah pelajar kolej atau universiti. Kalau masih seorang pelajar, rasa-rasanya apa rasional yang ada untuk berkahwin?
Sepatutnya, kahwin bila cukup segalanya. Kewangan dah stabil, ilmu agama dah cukup, ada kerja tetap, mampu dari segala segi. Then, go on. Walaupun masih seorang pelajar, tak ada siapa nak larang, nak membantah. Kan?
new past