cerita profile pictures 'FB'
Sunday, February 27, 2011, ϟ 0 shout(s)

Makin hari, FB atau nama penuhnya facebook, makin banyak pengikut. Tak kisahlah pasal semua tu sebabnya sekarang ni dah jadik trend. Kalau yang namanya manusia, tapi tak ada FB, memang tergolong dalam kategori kuno tahap gaban lah tu. Itu kata orang. Bagi aku tak kisah la ada ataupun tak FB tu. Ada pentingnya untuk sesetengah orang, ada jugak yang tak terasa langsung dengan kewujudan FB ni.
Kali ni aku nak bercakap serba sikit pasal profile picture FB. Kalau kita perhatikan profile picture Fb ni ada macam-macam versi. Ada versi guna gambar sendiri, ada jugak yang guna gambar pinjam (ex : gambar artist) , ada yang guna gambar kartun, ada pulak yang tak letak gambar langsung. So, hari ni rasanya macam ok jugak kalau aku nak share serba sikit pasal benda ni.
Kategori satu : guna gambar sendiri.
Golongan ni memang aku salute habis. Ye la, macam mana aku tak salute, diaorang ni memang tak kisah letak gambar diorang dalam style apa pun. Siap posing lagi der. Bukan semua orang boleh slumber berposing depan camera lepas tu tunjuk kat orang ramai. In fact diaorang sangat menghargai diri diorang. Kenapa? Sebab diorang tak kisah pun apa orang nak cakap bila tengok gambar diorang. Sebab bagi diorang, kerana diriku begitu berharga. Haha~
Kategori dua : gambar pinjam
Geng-geng gambar pinjam ni sangat banyak persoalan kenapa diorang tak guna gambar diorang as a profile picture. Sebabnya? Mungkin diorang ni terlalu cantik or hensem. So, diorang punya kecantikan, kehenseman tu sangat mahal untuk dishare dengan facebookers yang lain. Or mungkin jugak sebab diorang ni jenis yang pemalu. Shy-shy-cat dengan camera, tak pun ada camera phobia, so tak boleh nak tangkap gambar diorang. Dan jalan mudahnya ialah meminjam gambar sesiapa or apa-apa dari internet. Senang je, search aje kat goggle or yahoo, berjuta gambar kau boleh dapat.
Kategori tiga : gambar kartun
Ini kes, mungkin sebab pemilik FB tersebut sangat fanatik dengan kartun. Tak dapat melupakan zaman kanak-kanak barangkali. Diorang ni cenderung untuk ambik gambar kartun-kartun yang diorang minat macam Upin & Ipin, Mickey Mouse, Tom & Jerry, Domo-kun, dan sebagainya. Dan kebanyakkan yang berjiwa kartun ni ialah perempuan. Sebabnya perempuan ni sangat pantang dengan benda-benda yang comel. Diorang cepat tertarik. Betul?
Kategori empat : no profile picture
Ini pulak kisahnya pasal diorang tak ada internet kat rumah. So, sangatlah leceh kalau nak upload gambar dekat CC. Or maybe internet lembab tahap siput babi. So diorang biarkan je kosong. Mungkin jugak sebab diorang tak berminat and tak tau macam mana nak upload gambar untuk dijadikan profile picture. Biasanya, ini terjadi kat beginners. Ye dak? Tapi lepas godek-godek dua tiga kali diorang mula tukar profile picture yang kosong tu kepada gambar-gambar kategori satu, dua dan tiga kat atas. Kan?
Agak-agaknya la, korang termasuk dalam kategori yang mana satu ea? Senyum :)
new past