aturan hidup. perlukah dipatuhi?
Wednesday, February 23, 2011, ϟ 0 shout(s)

Seorang manusia bercerita padaku tentang sedikit cerita hidupnya. Aku mendengar. Perihal kehidupan yang diatur. Bukan diatur dengan kehendak sendiri. Tetapi diatur oleh masa dan manusia lain. Manusia lain itu juga bukan orang asing, orang yang paling dekat, orang yang melahirkan. Dan sebagai anak, ketetapan itu perlu dipatuhi.
Bukan jugak ertinya si anak tak berhak menentukan masa depan sendiri, sekadar patuh untuk aturan yang satu itu. Mahu ditunangkan dengan orang dekat. Ertinya orang yang sudah lama dikenali dan menaruh rasa pada si anak. Yang sudah dikenali seluruh ahli keluarga. Yang boleh dipecayai. Mungkin itu fikiran murni seorang ibu.
Katanya, hati si ibu perlu dijaga. Aku sangat setuju. Kerana kewajipan anak ialah patuh pada ibubapanya selagi dia masih belum berkahwin, diikutkan juga apa yang dirancang. Berkali-kali menolak untuk ditunangkan, akhirnya tetap akur pada kata-kata seorang ibu. Malas mahu terus-terus bertelagah menentang setiap aturan seorang ibu.
bercinta-bertunang-berkahwin
Kalau diikutkan, pasangan bercinta hari ini biasanya akan melalui peringkat-peringkat ini. Sebelum bertunang mesti bercinta. Sebelum berkahwin mesti bertunang. Lumrah. Namun, cerita yang satu ni, pertunangan bukan atas dasar cinta. Kerana itu dipujuk hatinya, katanya, cinta boleh dipupuk. Dia belajar untuk sayang tunangnya yang memang wajar untuk disayangi. Cinta tak boleh dipaksa! Bertunang sudah hampir setahun, hati dan rasa masih tak mampu bekerjasama.
Aturan hidup tetap saja diikuti. Katanya, biar masa yang menentukan. Dia hanya manusia, andai si tunang bisa menerima, terimalah. Andai tak mampu menerima dia apa adanya, terserah saja.
Itu cerita seorang perempuan yang padaku sangat bersahaja dalam tingkahnya. Aku diam memerhati, dia bukan manusia yang mahu tunjuk apa yang dirasa. Sekadar diam-diam. Tabah dengan semuanya. Semoga terus bahagia dengan hidupmu, itu doaku.

new past