Perihal duit kertas.
Monday, January 17, 2011, ϟ 0 shout(s)

Duit kertas. Dah tak laku? Sebenarnya duit kertas masih laku buat masa ni. Yang aku cuba nak sampaikan ni ialah, pada masa akan datang, duit kertas takkan laku lagi dah. Kenapa? Sebab according to pakar ekonomi, krisis ekonomi yang paling buruk akan berlaku sekitar tahun 2011 – 2012. Hal ni disebabkan wang kertas cumalah wang fiat, which is wang yang diiktiraf sah oleh kerajaan tanpa disokong oleh apa-apa logam berharga seperti emas dan perak. Maksudnya, wang fiat tiada nilai tetap dengan nilai matawang lain di dunia. Kiranya wang kertas sesebuah negara hanya diperakui oleh negara terbabit sahaja.

Kalau kita tengok sekarang Dolar adalah matawang yang paling tinggi nilainya compare dengan matawang lain dekat dunia ni. Dan sekarang, nilai Dolar dah semakin merudum. This mean, kalau duit dengan nilai paling tinggi dah merudum, apa lagi duit Ringgit Malaysia yang nilainya cuma seciput ni. Sekiranya kejatuhan wang kertas berlaku, maknanya dalam tempoh 100 tahun akan datang tiada lagi wang kertas yang akan digunakan.

Masalah ni akhirnya akan menyebabkan banyak negara jatuh bankrap. Ini kerana wang kertas adalah semata-mata kertas yang bercetak nombor (nilai) yang tersendiri, yang hanya diperakui oleh negara itu sendiri. Contohnya Zimbabwe yang merupakan negara termiskin dunia hari ni, wang kertas di negara itu sudah tidak laku di mana-mana sahaja di dunia. Jesteru, nilai harga barang di negara itu dibeli dengan emas, kerana emas mempunyai harga tetap dan diperakui di seluruh dunia. Harga sebuku roti di Zimbabwe = 1 gram emas.

Hal ini bukan baru diketahui, malah semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir dulu pun, beliau dah pernah menyuarakan hal ini. Siap menyarankan penggunaan dinar emas lagi. Cuma, ada yang ambik perhatian dan tak je. Yes, aku sangat setuju kalau ada yang bercakap ‘ni masalah negara, suruh Menteri Kewangan dan PM je yang fikir’. Sebab my first thought pun macam tu, tapi kita kena ada inisiatif sendiri untuk cari solution masalah ni. Biar kita mulakan dulu, kalau betul masalah ni akan terjadi dalam masa terdekat, kita selamat, sebab dah ada jalan keluar sendiri.

And the solutions is dengan simpan emas. Bunyi macam gila, tapi macam yang aku dah cakap tadi, emas mempunyai nilai yang stabil, selamat dan diterima di seluruh negara sebagai media pertukaran. So, fikir la macam mana nak simpan emas tu. Boleh jugak cari natural resources macam petroleum, perak, EMAS dan natural resources yang lain sebab orang akan terus carik semua benda ni untuk memenuhi keperluan.

Even krisis ekonomi ni tak terjadik dalam masa terdekat ni, perkara ini akan terjadi dalam masa beberapa tahun akan datang. Renungan : Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.


rujukan :


new past