kenapa ramai orang minat korea?
Sunday, January 16, 2011, ϟ 0 shout(s)
Kenapa ramai orang minat korean? Selalu jugak aku dengar orang tanya soalan macam ni. Commonly yang tanya soalan macam ni sure la orang yang tak minat Korean. Ye dak? But still, ada jugak orang yang minat Korean tanya soalan yang sama. Maybe sebab deorang sendiri pun tak sure kenapa deorang minat Korean. So, i come out with the answers.
RAMAI ORANG MINAT KOREAN SEBAB :
1. Good looking
Korean ni biasanya good looking. Ingat! Biasanya. Tak semua. Ni mungkin disebabkan faktor climate negara Korea tu sendiri. Ada 4 musim. Cuaca pulak sejuk, so dah confirm-confirm kulit deorang ni licin, gebu and putih melepak. Sama jugak macam puak-puak kat Eropah sana.
2. Talented
Deorang ni bukan setakat boleh berlakon, malah boleh menyanyi dan menari dalam masa yang sama. Tak semput. Yang paling penting, kita dapat feel deorang punya talent. Contohnya, Koo Hye Sun. Dia ni memang talented habis. Dia jadik model, pelakon, penyanyi, pengarah, penulis lirik, pengarang dan jugak seorang pelukis. Nak apa lagi?
3. High Stamina
Orang Korea ni ada stamina yang tinggi sebab deorang dari kecik lagi dah di-expose-kan dengan tarian. Kiranya, dancing is their expertise la. And this is how they build up their stamina. No wonder deorang boleh menyanyi sambil menari terkinja-kinja kat atas pentas.
4. Educated
Yang ni salah satu tarikan yang buat aku kagum dengan deorang. Even deorang ni public figure, deorang still pentingkan study. Example-nya Kim Hyun Joong (SS501). Eventhough sibuk dengan berlakon dan menyanyi, dia still sambung study kat universiti. Ni maksudnya, pelajaran tu amat penting. oke?
5. Daring
Kenapa aku cakap deorang ni daring? Sebab deorang sanggup come out dengan imej baru, genre baru, dan macam-macam lagi yang baru. Kiranya fresh la. Yang kekadang bila kita tengok rasa macam tersangatlah pelik dengan transformasi yang deorang bawak, tapi tetap jugak jadik ikutan.
6. Grab chances
Satu benda yang aku nampak jelas sangat bezanya antara industri hiburan negara kita dengan industri hiburan Korea. Artis Korea pandai je grab chances nak masuk market luar. Sebab tu, kita kena pandai carik strategi. Jangan buat kerja untuk diri sendiri, cuba buat kerja untuk semua orang. So that semua orang boleh terima hasil kerja kita.
7. Catchy songs, dramas and movies.
Banyak lagu, drama dan filem deorang yang catchy dengan jiwa masyarakat kita. Bermesej, dan yang paling penting, ikut perkembangan semasa. Sesuai untuk umum.
8. Commersial value
Apa maksud commersial value kat sini? Commersial value kat sini ialah cara penyampaian lagu, drama and movie. Cara penyampaian yang bersahaja, nampak sangat interesting. Ini yang buat ramai je masyarakat kita nak tengok dan support produk deorang.
9. Friendly
Kalau kita tengok artis Korea yang datang kat Malaysia jumpa fans deorang, pergh.. memang friendly habis. Bak kata orang, sporting gila. Cara deorang layan peminat deorang memang mengagumkan. Sebab tu peminat pun tak rasa jemu nak support deorang punya work.
10. Asian
And this is the most important reason kenapa ramai orang minat Korean. Disebabkan kita dengan Korea duduk kat bawah satu benua, so, cara kita dengan cara deorang tak banyak beza. Boleh la kalau nak cakap, semangat ketimuran tu still mengalir dalam diri masyarakat kedua-dua negara. And hasilnya, produk deorang tak la banyak sangat yang perlu di-sensored-kan untuk tontonan masyarakat kita. Still cover gitu.
new past