and he was an inspiration..
Thursday, January 20, 2011, ϟ 0 shout(s)
Katanya, waktu kecil, dia anak orang susah. Orang miskin, tak punya apa. Hidup serba kurang, namun hatinya besar. Cita-citanya besar. Mahu jadi fotografer terkenal. Mahu memartabatkan bidang fotografi. Memang bukan senang nak senang, bukan juga susah nak susah. Mungkin kerana dari kecil terbiasa hidup susah, besarnya sangat tekun bekerja.
Walaupun tak kenal siapa orangnya dan personaliti sebenar manusia ini, cukup dengan melihat hasil kerjanya. Aku kagum. Bukan senang membuka empayar sendiri. Aku ikut dia. Bukan ikut yang macam mana. Sekadar ambik tahu yang mana yang perlu. Sungguh, hidup miskin jadi motivasi buatnya. Aku simpan setiap kata-kata yang pada aku, deep meaning. Yang aku rasa berbaur bila aku baca. Antaranya :
Saya ialah seorang jurugambar yang meminati kerjaya fotografi dan mahu memartabatkan fotografi. Saya seorang anak petani miskin yang bercita-cita besar untuk menjadikan fotografi satu kerjaya yang terhormat setaraf dengan profession lain - SN
Pagi ini 25 tahun dahulu, emak saya macam orang Jepun, buat bekal untuk anak-anak pergi sekolah. Jam 5 pagi dah bangun. Di sekolah, orang ejek pasal tak standard pasal tak makan di kantin. Satu hari, saya bagi orang yang ejek tu makan bekal saya, sejak hari itu, dia jadi pelanggan tetap saya untuk beli bekal saya dari rumah. (Arwah) Mak saya memang terrer masak! -SN
Dulu ayah saya kerja buruh tanam kabel letrik bawah tanah. Jadi rumah kami dibuat dari papan kelongsong kabel, selepas di cat, ia nampak cantik dan hebat. Ayah saya kreatif! -SN
Cikgu pernah cakap "Saiful, dalam kelas ni awak paling kecik, tapi dalam kelas ni hati awak paling besar". Saya tak faham maksudnya sampai bila saya besar. Kes terjadi semasa darjah satu apabila saya mencuba untuk menjual 3 ekor anak anjing yang dikutip di tepi padang sekolah kepada anak seorang cikgu Melayu. Pada keti...ka itu, saya sedang berdiri di atas kerusi. -SN
Ini cerita tentang seorang Saiful Nang yang aku rasa kagum dengannya. Hari ni empayar Candid syndrome sejagat raya dah tahu. Bussiness makin besar, syukur untuk kejayaan itu. Harap ramai lagi anak melayu, orang Islam berjaya macam SN.
new past