aku dan alasan I
Wednesday, January 5, 2011, ϟ 0 shout(s)


Kenapa dalam hidup mesti ada alasan? Sila angkat tangan bagi yang nak menjawab. Aku pun tak tahu kenapa perlu ada alasan. Alasan atau bahasa lain mungkin kita lebih faham sebagai sebab atas sesuatu perkara. Dalam hidup ni, alasan ada di mana-mana. Alasan untuk tujuan baik, alasan untuk tujuan yang tak baik. Aku fikir alasan itu perlu dalam sesetengah keadaan, bukan semua. Contoh yang paling senang aku boleh bagi, diri aku sendiri. Sebelum ni ada dua-tiga kawan yang contact aku ajak keluar, nak datang rumah, nak jumpa dan berbagai-bagai lagi. Bukan aku tak sudi, aku rasa tak selesa sebab aku sorang-sorang dekat rumah. Yang nak datang tu tak sama gender pulak dengan aku. Kalau sama jantinanya, nak bermalam sehari-dua dekat rumah aku pun aku tak kisah. Tengok, yang ini pun dikira alasan. Tapi alasan yang macam ni aku rasa wajar. Ada pulak yang bagi macam-macam alasan, sekejap nak pinjam itu, sekejap nak mintak yang ini. Aku bagi alasan lagi. ‘Aku ada dekat rumah kawan’, ‘Aku balik kampung’, ‘Ada saudara datang rumah’.

Sungguh, bukan aku tak mau ada tetamu, aku sangat tak selesa andai ada mulut yang mula bersuara. Manusia bukan semuanya sama. Dan sebab itu kalau ada yang nak datang rumah (kawan-kawan yang tak sama gender) masa tak ada siapa dekat rumah aku, harap maklum saja.
Masa ada family aku pun, bagi kawan-kawan yang tak sama gender ni, silalah jangan berkunjung kerap sangat. Aku terasa jugak malu dengan family member yang lain. Memang la dah saling kenal, tapi orang sekeliling takkan diam. Mesti ada je yang nak berkata-kata. Lebih baik kita elakkan fitnah, dari nafikan fitnah kan? Jadi kepada anda-anda sekalian, sila ambil perhatian.

new past