flashback 2010 (:
Friday, December 31, 2010, ϟ 0 shout(s)
hari ni 31 disember 2010. secara rasminya aku mengishtiharkan bahawa hari ni ialah hari terakhir bagi tahun 2010. dan secara tak langsungnya esok ialah 2011. so, kita jumpa tahun depan je la ea? insya allah. hari ni aku pun macam blogger lain jugak, nak bercerita tentang apa yang dah jadi sepanjang tahun ni. tapi aku tak mau cerita apa yang jadik kat aku sepanjang tahun ni. nak bercerita pasal what happened throughout the year dalam negara kita Malaysia. tak mau cerita banyak-banyak jugak aku nak list lima je important event kat negara kita tahun ni. sikit cukup la. nanti tak larat nak baca. oke, jom menge-list. kita mula dengan awal tahun oke?
1st event of the year :
dari awal tahun sampai la ke hari ini, kes pembuangan bayi adalah tajuk yang paling TOP. kenapa? sebab tahun ni lah yang paling banyak kes ni. and recently, kerajaan dah umumkan yang kes pembuangan bayi ni diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh. tau tak? tapi mereka yang bermasalah membuang bayi ni tak jugak serik. habis tu macam mana? lu fikir la sendiri. sekarang ni dah ada baby hatch. so, yang buat kerja buang sana buang sini tu, sila la hantar kat baby anda ke sana oke?
2nd event of the year :
yang ni tak mau cakap banyak. sebab aku nak bagi kronologi terus. haha.
30 Ogos
Sosilawati meninggalkan pejabat di Kampung Baru, Kuala Lumpur bersama peguam, pemandu peribadi dan seorang pegawai bank CIMB sebelum pergi ke Banting untuk urusan perniagaan.
31 Ogos 2010
Ahli keluarga keempat-empat mangsa membuat laporan polis setelah mendapati mereka gagal dihubungi.
2 September
Sosilawati dan peguamnya dilihat kali terakhir membeli kerepek di Banting. Selain itu, polis turut menemui kereta perdana V6 yang dipercayai milik pegawai bank CIMB dekat tepi jalan di kawasan Petaling Jaya.
4 September
Berita kehilangan empat individu itu disiarkan media.
6 September
Kereta BMW milik Sosilawati ditemui di Flat Angsana USJ1 sementara kereta milik peguamnya dijumpai di sebuah kawasan perumahan berhadapan Hotel Dorsett, Subang Jaya.
7 September
Ibu Sosilawati merayu anaknya pulang ke kampung untuk menyambut raya. Polis percaya mereka masih selamat.
8 September
Polis melaporkan Sosilawati dan tiga individu lain masih dalam negara. Sosilawati mengunjungi kedai Fazz Enterprise Kerepek House di Kampung Sungai Lang, Banting pada jam 4 petang, 30 Ogos lalu. Noorhisham pula menghubungi isterinya untuk memaklumkan beliau tidak akan pulang tiga hari melalui telefon pada malam 30 Ogos.
9 September
Media melaporkan Sosilawati disembunyikan di lokasi rahsia oleh kumpulan tertentu kerana perselisihan perniagaan dan kewangan.
10 September
Kehilangan Sosilawati dilaporkan didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk berusia 41 tahun dan adiknya seorang doktor gigi. Polis menahan lima suspek berhubung kehilangan empat mangsa itu.
11 September
Polis menemui lokasi empat mangsa itu dibunuh dan mayat mereka dibakar di sebuah ladang di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Banting. Polis menahan ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya.
12 September
Polis mengesahkan Sosilawati, Ahmad Kamil, Noorhisham dan Kamaruddin dipukul sampai mati, mayat mereka dibakar di Ladang Gadong, sebelum abunya dibuang ke dalam sungai. Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun.
13 September
Siasatan polis mendedahkan wang jutaan ringgit dipindahkan daripada akaun Datuk Sosilawati Lawiya ke akaun salah seorang suspek yang ditahan polis dipercayai berkaitan urusan jual beli tanah sebelum mangsa dibunuh kejam.
Polis mendapati dalang utama berstatus Datuk terbabit mempunyai kekayaan yang melampau.
3rd event of the year :

tahun ni first time kita sambut Hari Malaysia. PM dah umumkan yang 16 September sebagai Hari Malaysia dan secara tak langsung hari tersebut merupakan cuti umum. tambah satu lagi cuti untuk rakyat Malaysia. plus hari tu jugak birthday kakak aku. dengan bangganya dia kata 'birthday cik cuti!' . ye. ye. tahniah untuk anda :) tahun ni PM kita sambut Hari Malaysia dekat Padang Merdeka, Kota Kinabalu.
4th event of the year :
3rd event of the year :

tahun ni first time kita sambut Hari Malaysia. PM dah umumkan yang 16 September sebagai Hari Malaysia dan secara tak langsung hari tersebut merupakan cuti umum. tambah satu lagi cuti untuk rakyat Malaysia. plus hari tu jugak birthday kakak aku. dengan bangganya dia kata 'birthday cik cuti!' . ye. ye. tahniah untuk anda :) tahun ni PM kita sambut Hari Malaysia dekat Padang Merdeka, Kota Kinabalu.
4th event of the year :
perkahwinan angkasawan negara. Datuk Dr Sheikh Muszaphar dengan Datin Dr Harlina. This one is weeding of the year. tarikhnya memang cantik 10.10.2010. Nikah pagi, reception buat malam. diaorang jemput angkasawan all over the world. memang meriah sebab jemput semua rakyat Malaysia pergi majlis diaorang. tak mau cakap banyak pasal ni. boleh search kat goggle untuk further information oke?
5th event of the year :

ini cerita banjir dekat Kedah dan Negeri-negeri Pantai Timur. Banjir paling dahsyat tahun ni dekat Kedah. lebih 15 ribu keluarga terlibat dengan banjir kali ni. memang dahsyat tahap tak ingat. and sekarang ni kerajaan sibuk bagi bantuan untuk mangsa-mangsa banjir. yang mana yang terjejas teruk tu jangan lupa isi borang oke?
sekian saja celoteh panjang lebar dari aku. chow! :)
new past